KEK OOOO KEK...

ETC UITM JOHOR SANGAT AGGRESSIVE PADA SEMESTER INI BAGI MENJADIKAN KEUSAHAWANAN SEBAGAI MOTIVASI UTAMA UNTUK BERJAYA...
ANDA PERCAYA ATAU TIDAK KAMI TELAH MEMULAKAN SATU BUSINESS YANG SANGAT SENANG DAN SANGAT SEDAP...

JOM SERTAI KAMI MEMAJUKAN BUSINESS INI..HEHHEH

 ..ETC CAKE HOUSE..
@etcuitmjohor2013

CHOCOLATE MOIST  CAKE  (M)
RM 4.00
CHOCOLATE MOIST  CAKE  (L)
RM 11.00
CHOCOLATE CHEESE CAKE (M)
RM 5.00
CHOCOLATE CHEESE CAKE (L)
RM 12.00
RED VELVET (M)
RM 5.00
RED VELVET (L)
RM 12.00
BLUEBERRY CHEESE CAKE (M)
RM 6.00
CUP CAKES – CHOCOLATE
RM 2.50
CUP CAKES – VANILA
RM 2.50








Pelbagai pilihan enak untuk di nikmati setiap
ISNIN DAN SELASA. Rasainya sekarang kerana stok adalah terhad. 

jumpa kami di Ruang Promosi Speaker’s Corner
Setiap SELASA
Dari jam 10 pg hingga 6.00 petang 

 oppsss...alas meja lupa la plak..hehehh sila abaikan




ETEJ 2012



ETC TRESURE HUNT UiTM JOHOR 2012
(E-TEJ 2012)

TARIKH
13 JULAI 2012
(JUMAAT)
TEMPAT
SEKITAR UiTM SEGAMAT
ANJURAN
KELAB USAHAWAN UiTM JOHOR, SEGAMAT


 PENGENALAN

Kelab Usahawan (Entreprenuer Club) UiTM Johor telah menjalankan aktiviti kedua pada semester ini iaitu program explorace untuk memperluaskan pengetahuan kelab dalam bidang keusahawanan dan mengenali lebih mendalam tentang persekitaran UiTM.
Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk sedia menghadapi segala cabaran yang akan datang dan memberi keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Daripada aktiviti ini, ia dapat memberi pendedahan secara langsung kepada para peserta bahawa pentingnya semangat berpasukan agar sentiasa mempunyai kata sepakat dan dapat menyelesaikan misi di setiap checkpoint.
Di samping itu, setiap ahli pasukan juga haruslah saling membantu dan memberikan idea yang bernas sepanjang aktiviti ini dijalankan.

PESERTA

Sebanyak sepuluh kumpulan telah mendaftar dan menyertai aktiviti ini. Kesemua peseta merupakan pelajar UiTM Segamat dan daripada jurusan, bahagian dan fakulti yang berbeza-beza. Jumlah peserta yang terlibat untuk program  ETC Treasure Hunt UiTM 2012 (E-TEJ 2012) seramai 50 orang. 

Selain itu, Checkpoint Officer pula terdiri daripada Exco-exco Kelab Usahawan yang dimana berjumlah 27 orang dan 3 Checkpoint Officer dari pelajar biasa. 

 antara peserta berkumpulan yang joint this programe

 antara check point officer yang bertugas..thanks aall...
 wow..di samping hadiah wang tunai ada juga hamper...memang lumayan...tahniah kepada group yeng berjaya...
 tak kira sesiapa...lecturer pun jadilah asalkan task dapat di siapkan dengan jayanya..hehheh

 hahahah nie mesti tengah kira untung cukup ke tak...


kesemua peserta(oren), check point officer (hijau) dan penasihat bergambar usai E-TEJ 2012



sekian, di harapkan program ini dapat diteruskan di masa mendatang...sangat best..tq semua yang joint.



AGM ETC CLUB DIS-APRIL 2013






Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut-pengikut blog ETC

Laporan AGM Sesi Dis - Apr
 2011

Pada 7 Januari 2013 iaitu pada Isnin, berlangsungnya satu program yang mana merupakan aktiviti wajib bagi setiap sem iaitu AGM.

Program yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar sebagai ahli.. Setiap ahli dikenakan bayaran RM5 dan percuma satu button. Sebelum AGM dimulakan, kami juga mengadakan jualan kek. Pelbagai jenis kek yang dijual, antaranya red velvet, chocolate moist, chocolate cheese, blueberry cheese dan cup cake. Jualan kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.

Program yang bertempat di LT2, UiTM Segamat, Johor ini tamat pada jam 11.30 malam.
Antara agenda yang ingin diusulkan pada malam tersebut adalah pengenalan kelab usahawan kepada ahli baru yang mana kebanyakannya daripada semester 1 dan semester 2, selain semester 3,4,5, dan 6. Seterusnya, agenda pada malam tersebut juga adalah untuk memperkenalkan exco-exco baru bagi mengisi kekosongan jawatan exco Kelab Usahawan. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh penasihat utama Kelab Usahawan iaitu Cik Diana bt Isahak.


button badges









LOVE NATURE DI ZOO NEGARA!

 memerang ini sangat comel..

 azie berada di kandang apa yer ketika ini???
 salah satu daripada aktiviti amal kami...



LOVE NATURE


TARIKH
14 JULAI 2012



LOKASI
TAMAN ZOO NEGARA, KUALA LUMPUR



OBJEKTIF
Kelab Usahawan (Entrepreneur Club) UiTM Johor telah mengadakan gotong-royong bersama komuniti di Taman Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat ahli kelab untuk berkhidmat secara sukarela dalam perlindungan hidupan liar. Disamping itu juga, dapat mengeratkan silaturahim hubungan antara mahasiswa bersama komuniti.


OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam terutama haiwan yang semakin pupus.

Meningkatkan perlindungan hidupan liar serta ekosistem, serta langkah ke arah pengurusan sumber asli secara mampan.

Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berkhidmat bersama komuniti secara langsung.

Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenali dengan lebih dekat tentang hidupan liar.

Melahirkan mahasiswa yang mempunyai sikap bertanggugjawab dan penyayang terhadap hidupan liar yang semakin pupus.


TENTATIF PROGRAM
SABTU:
5.00 Pagi : Bertolak ke Kuala Lumpur.
8.30 Pagi : Sedikit taklimat ringkas dari pihak pengurusan tentang aturcara aktiviti.
12.30 Petang : ISOMA
2.00 Petang : Sambungan Aktiviti Gotong Royong.
4.30 Petang : Acara penutup dan penyampaian cenderamata.
5.00Petang : Minum petang dan bertolak pulang ke UiTM Segamat.
9.00malam : Tiba di UiTM Segamat.
* ISOMA: Istirehat, Solat & Makan





ETC TREASUREHUNT




PROGRAM : ETC TRESURE HUNT UiTM JOHOR 2012(E-TEJ 2012)

TARIKH : 13 JULAI 2012(JUMAAT)

TEMPAT : SEKITAR UiTM SEGAMAT

MASA : 8.00 pagi – 4.00 petang


OBJEKTIF :

1) memperluaskan pengetahuan kelab dalam bidang keusahawanan dan mengenali lebih mendalam tentang persekitaran UiTM.

2)memberi pendedahan kepada peserta untuk sedia menghadapi segala cabaran yang akan datang dan memberi keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu perkara.

3)memupuk semangat saling membantu dan memberikan idea yang bernas sepanjang aktiviti ini
dijalankan.

PESERTA :

Sebanyak sepuluh kumpulan telah mendaftar dan menyertai aktiviti ini. Kesemua peseta merupakan pelajar UiTM Segamat dan daripada jurusan, bahagian dan fakulti yang berbeza-beza. Jumlah peserta yang terlibat untuk program ETC Treasure Hunt UiTM 2012 (E-TEJ 2012) seramai 50 orang.Selain dari itu, Checkpoint Officer pula terdiri daripada Exco-exco Kelab Usahawan yang dimana berjumlah 27 orang dan 3 Checkpoint Officer dari pelajar biasa.

PERMAINAN :

Checkpoint 1
(The Fast Sale) Semua kumpulan tiba di checkpoint 1 mengikut turutan yang telah ditetapkan. Di sini, para peserta dapat lebih memahami bagaimana caranya untuk mendapat lebih pelanggan dalam memasarkan produk mereka dengan taktik-

taktik ynag tersendiri. Semua roti yang diberi kepada semua kumpulan habis terjual.
Checkpoint 2
( Cone In ) Semua peserta tiba di Checkpoint 2 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki memasukkan 5 gelang getah ke dalam kon tanpa melebihi garisan yang ditetapkan dengan cara yang tersendiri. Peserta akan berfikir secara kritis dan kreatif bagaimana untuk memasukkan gelang getah de dalam kon tersebut.

Checkpoint 3
(Teka Lukisan) Semua peserta tiba di Checkpoint 3 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki melukis hint yang diberi dan peserta terakhir dikehendaki meneka hint tersebut. Para peserta dapat mempelajari betapa pentingnya sifat berkerjasama dalam satu kumpulan dan cara berkomunikasi yang betul bagi memastikan m
esej yang dihantar difahami oleh pihak lagi satu.

Checkpoint 4
(Laga Minda) Semua peserta tiba di Checkpoint 4 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Di checkpoint ini, minda pelajar di asah dengan soalan-soalan berkaitan pengetahuan umum dan keusahawan itu sendiri.

Checkpoint 5
(Tukang Hias) Semua peserta tiba di Checkpoint 5 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki mencipta pakaian yang baru daripada kertas mahjung. Peserta dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan sesuat
u yang kreatif, pada masa yang sama, dapat menawan pasaran.

Checkpoint 6
( Kreatifkah Kamu ? ) Semua peserta tiba di Checkpoint 6 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Peserta dikehendaki mencipta sesuatu yang baru menggunakan barangan kitar semula tersebut. Peserta perlu menyiapkan ciptaan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini demikian dapat memupuk sifat inovasi dalam diri peserta.

Checkpoint 7
( Isyarat Badan ) Semua peserta tiba di Checkpoint 7 mengikut turutan yang telah ditetapkan.

Peserta dikehandaki memilih salah seorang dari ahli kumpulan dan ahli yang terpilih itu dikehendaki menyampaikan info dalam bentuk gaya anda ahli kumpulan lain harus meneka. Aktiviti ini dapat menunjukkan bahawa pentingnya komunikasi dalam kehidupan seharian.

Checkpoint 8
(Konsentrasi ) Semua peserta tiba di Checkpoint 8 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta akan diberikan tongue twister dan harus membawa bola mengelilingi kon dan menyebut tounge twister kepada checkpoint officer. Peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menumpukan perhatian walaupun terdapat banyak halangan.

Checkpoint 9
(Follow Me) Semua peserta tiba di Checkpoint 9 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Untuk aktiviti ini, peserta dikehendaki melakukan aktiviti yang ditetapkan iaitu membawa telur dalam keadaan mata tertutup dengan perantara kertas mahjung. Peserta dapat mempelajari kepentingan bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Checkpoint 10
(Tomato Di Hatiku) Semua peserta tiba di Checkpoint 10 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Untuk aktiviti ini, peserta telah diberi 8 tomato dan dikehendaki menghabiskannya. Di akhir aktiviti, peserta boleh mempelajari bagaimana untuk melakukan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan tanpa berlengah. Dalam masa yang tasama, peser juga dapat mengetahui khasiat-khasiat buah tomato.




IKLAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM



ASSALAMUALAIKUM.

MINAT BERNIAGA? TAK TAHU MANA NAK MENDAPATKAN TAPAK BERNIAGA? OKAY INI CARANYA. PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA ATAUPUN BARU MAHU MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN,DI SINI ADA CARANYA IAITU :-

KELAB USAHAWAN UiTM JOHOR MENAWARKAN PERKHIDMATAN URUSAN SEWAAN TAPAK PASAR MALAM.

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM JOHOR YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM UiTM JOHOR PADA SETIAP HARI SELASA DAN SABTU.

KEPADA YANG BERMINAT, MAKLUMAT LANJUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

SEWA TAPAK : RM 5 SEHARI

KEMUDAHAN :1 BUAH CANOPY, SEBUAH MEJA (TERTAKLUK KEPADA KEBERADAAN)

UNTUK URUSAN TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:

CIK NORHAFIZAH : 012-2314842

IKLAN RUANG PROMOSI SPEAKER’S CORNER, BANGUNAN PENTADBIRAN

TERBUKA KEPADA EXCO DAN AHLI KELAB USAHAWAN UITM JOHOR.

MEREKA YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA DI RUANG PROMOSI SPEAKER’S CORNER, BANGUNAN PENTADBIRAN BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN MENGHUBUNGI:

CIK NORHAFIZAH : 012-2314842

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : MEJA DAN KERUSI

(TIADA BAYARAN YANG DIKENAKAN)

AKTIVITI DI TASIK CHINI.



Aktiviti ini telah diadakan pada 2-4 Disember bertempat di Tasik Chini. Telah dihadiri oleh 18orang. Aktiviti ini dijalankan bagi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Night Walk, Explorace serta Diskusi tentang kepimpinan.


















Forum Hala Tuju Entrepreneur Club bersama Para Penasihat Kelab

Assalamualaikum.

Pada 20 Disember 2011, ETC telah mengadakan Forum Hala Tuju Entrepreneur Club bersama Para Penasihat Kelab bertempat di SL004 .

Program ini diadakan untuk :

1) Memperkenalkan para Exco yang telah diberi mandat untuk memikul tanggungjawab bagi membantu para penasihat ETC.
2) Mengetahui aktiviti yang akan diadakan pada semester ini.
3) Merapatkan hubungan silaturrahim diantara para exco dan penasihat.
4) Sebagai platform penting dalam memberikan pendedahan, kesedaran dan tunjuk ajar kepada peserta.
5) Mencapai sasaran kelab untuk menyediakan aktiviti aktiviti untuk keusahawanan pelajar.

Forum telah dihadiri oleh para Exco ETC serta penasihat Kelab. Forum ini juga telah dihadiri oleh Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Koordinator MASMED iaitu Encik Halim.

Aturcara majlis adalah seperti berikut :-

8.45 pm : ketibaan Koordinator MASMED dan penasihat penasihat ETC.
9.00 pm : Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis dan bacaan doa.
9.15 pm : Ucapan daripada presiden ETC
Ucapan daripada Penasihat ETC
Ucapan daripada Koordinator MASMED
Pemebentangan aktiviti sepanjang semester
Diskuis bersama Penasihat ETC dan Koordinator MASMED
10.30 pm : Makan Malam
11.30 pm : Bersurai





PROGRAM MINGGU KEUSAHAWAN (PROMIK)


PROGRAM MINGGU KEUSAHAWANAN (PROMIK)


DATARAN SERI BENDAHARA

16, 17, & 18 DISEMBER 2011

10.00 PAGI - 11.00 MALAM


ANJURAN:

Malaysia Academy of SME
Entrepreneurship Development
(MASMED)

Dengan Kerjasama :

Kelab Usahawan (ETC),
Kelab & Persatuan UiTM Cawangan
Johor




Pelbagai program akan dijalankan sepanjang minggu keusahawanan
tersebut. Antaranya adalah aktiviti yang sememangnya berkaitan dengan
keusahawanan iaitu PROMIK FM, FORUM KEUSAHAWANAN dan sebagainya.

Berikut merupakan tentatif program sepanjang minggu tersebut:

TENTATIF PROGRAM

16 DISEMBER 2011 (JUMAAT)

PROMIK FM
FOTOMANIA
ENT GAMES
AKTIVITI JUALAN
FORUM KEUSAHAWANAN
KUIZ KEUSAHAWANAN
UiTM IDOL

17 DISEMBER 2011 (SABTU)

PROMIK FM
FOTOMANIA
ENT GAMES
AKTIVITI JUALAN
CERAMAH KEUSAHAWANAN
KUIZ KEUSAHAWANAN
PERTANDINGAN INOVASI PRODUK TRADISIONAL
WAYANG PACAK

18 DISEMBER 2011 (AHAD)

PROMIK FM
FOTOMANIA
ENT GAMES
AKTIVITI JUALAN
EXPLORACE KEUSAHAWANAN
ISLAM & KEUSAHAWANAN
PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA
KUIZ KEUSAHAWANAN
PENUTUP


Untuk tempahan tapak jualan, boleh berbuat demikian di Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (BPJI) untuk mendapatkan borang tempahan tapak jualan dan sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini boleh menghubungi nombor - nombor yang tertera dalam flyers di atas atau juga boleh menghubungi nombor - nombor ini :

- Zharief (Presiden ETC merangkap AJK Tugas-tugas Khas) - 017 -7717725
-Fatima (Exco Sumber Manusia ETC merangkap AJK Perhubungan Luar) - 017 - 7645463

.....

Annual General Meeting

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB USAHAWAN
UiTM JOHOR
KAMPUS SEGAMAT

Tarikh :
5 Disember 2011

Tempat :
LT1

AGM KELAB ETC UITM JOHOR




Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut-pengikut blog ETC

Laporan AGM Sesi Mei - Okt 2011

Pada 17 jun 2011 iaitu pada jumaat, berlangsungnya satu program yang mana merupakan aktiviti wajib bagi setiap sem iaitu AGM.

Program ini telah dijalankan pada waktu malam iaitu bermula pada jam 8.30 malam dan tamat pada jam 11.30 malam bertempat di DK1 blok kayangan UiTM Segamat, Johor.

Antara agenda yang ingin diusulkan pada malam tersebut adalah pengenalan kelab usahawan kepada ahli baru yang mana kebanyakannya daripada semester 1 dan semester 2, selain semester 3,4,5, dan 6. Seterusnya, agenda pada malam tersebut juga adalah untuk mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan exco kelab usahawan. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh penasihat utama kelab usahawan iaitu Puan Kursimah Harun. Beliau sendiri telah memilih calon-calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan exco tersebut.




Puan Kursimah Harun

Penasihat Kelab Usahawan







Calon-calon exco


Sambutan daripada kalangan ahli adalah sangat menggalakkan dan kami amatlah teruja melihat kehadiran tetamu serta sokongan yang diberikan oleh mereka untuk kelab usahawan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli yang telah meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke program anjuran ETC ini.



Reaksi dari tetamu


sambutan daripada ahli


Tetamu VIP

Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mantan-mantan exco yang memberikan kerjasama serta menjalankan tugas dengan baik sekali sehingga Berjayanya program yang telah dirancang ini. Tanpa mereka program ini tidak akan berjalan selancar yang diharapkan, terima kasih sekali lagi untuk mereka.



untuk melihat lebih gambar peristiwa, sila klik disini


Kenangan dari mantan exco

“Jasamu Tetap Dikenang”


UiTM Convention of student entepreneurs 2011 (U-CoSE)



pada 17-19 march telah berlangsung satu program di Datatran Cendekia, di UiTM Shah Alam.
seramai 10 orang ahli kelab usahawan telah terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.
convention ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab supaya lebib bersemangat untuk menjalankan sesuatu perniagaan.
kami bertolak dari kampus UiTM Segamt pada 17/3/2011jam 10.30 pagi.
pada jam 4 petang majlis perasmian berlangsung.
y. Bhg. dato rohani abdullah iaitu timbalan ketua setiausaha kementerian pengajian tinggi telah merasmikan convention ini.
Beliau juga melawat ke setiap gerai yang kesemuanya diuruskan oleh mahasiswa uitm.
dengan program ini juga, pelajar UiTM dapat berkumpul dan berkenalan sambil bertukar - tukar pandangan dan program yang dijalankan oleh setiap kampus cawangan.
kampus cawangan lain juga tidak ketinggalan untuk menjalankan perniagaan mereka sebagai contoh, UiTM sabah yang menjual kerongsang.
pada 18/3, telah berlangsungnya pertandingan s-bis game iaitu permainan strategi perniagaan yang sangat mencabar minda. ini kerana, permainan ini memerlukan pemain untuk membuat keputusan untuk sesuatu syarikat dan keputusan itu yang akan menentukan hala tuju dan masa depan syarikat itu.
akhir sekali, program seperti ini sanagat baik dalam memupuk mahasiswa menjadi usahawan
ia sangat bersesuaian dengan slogan convention ini iaitu
"usahawan mahasiswa pemankin ekonomi negara"






Tries it up- Ramadhan With KFC in UiTM Segamat !!!

Interesting right ?
This is the service we from ETC provide during Ramadhan.
Every tuesday - 9.30 pm to 11.30 pm ( take order )
Every wednesday 5.00pm to 7.00 pm ( send order to rooms )
any inquiry information look at the memo in college or call the person that incharge in those memo.
Tries it up !!!
Once a week but only in Fasting month - Hadi, The ETC President
( the price above have included the service charge, transportation fees and direct delivery to each student rooms in the residential college. )

LAPORAN

"LAWATAN SAMBIL BELAJAR"

Anjuran:

KELAB USAHAWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JOHOR

16&17 JULAI 2010

1) PENGENALAN

Kelab Usahawan (Entrepreneur Club) telah menjalankan aktiviti pertama pada semester ini iaitu Lawatan Sambil Belajar ke kilang di bawah SME Bank di Kuala Terengganu untuk memperluaskan pengetahuan pelajar dalam bidang keusahawanan. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada siswa dan siswi UiTM Johor supaya menjadi seorang usahawan yang beretika dalam mengendalikan sesuatu perniagaan secara efektif.

2) LATAR BELAKANG

  • Tarikh : 16-17 Julai 2010 (Jumaat dan Sabtu)
  • Masa : 17 Julai 2010 (9.30 pagi-1.00 tengahari)
  • Tempat : Kilang-kilang di bawah SME bank, Kuala Terengganu

Program ini bertujuan untukmeningkatkan dan mendalami ilmu pengetahuan dan pengalaman siswa dan siswi dalam industri makanan dan minuman. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman siswa dan siswi dalam memulakan suatu perniagaan (initiate), mengawal dan memantau perniagaan (organize effectively), dan meningkatkan kualiti produk dan memperluaskan perniagaan (improve and expand).

Program ini juga telah memberi pendedahan secara langsung kepada bakal usahawan tentang penghasilan industri makanan ringan dan sebagainya. Mereka juga mengetahui dan menerokai rahsia mengenai cabaran-cabaran sebenar yang telah dan bakal dihadapidan langkah-langkah berkesan bagi menangani masalah tersebut.

3) HURAIAN PENILAIAN

Merujuk daripada borang maklum balas peserta, mereka sangat seronok dengan setiap aktiviti yang dijalankan serta memahami objektif tersirat di setiap slot aktiviti yang telah disediakan bagi mereka. Mereka juga telah mengutarakan

soalan-soalan yang bernas kepada pengusaha-pengusaha kilang tersebut.

4) PENCAPAIAN AKTIVITI

Aktiviti

Objektif Dan Hasil

Kilang 1

Zaman Ice Tube Sdn Bhd

Para pelajar dan pensyarah pengiring melawat ke kilang membuat ais. Di sini terdapat beberapa mesin yang bermutu tinggi dalam menghasilkan ais untuk dihantar ke kedai-kedai.

Kilang 2

Percetakan Tinta Dinamik Sdn Bhd

Setelah melawat ke kilang membuat ais , kami telah melawat ke kilang seterusnya iaitu kilang percetakan. Menurut En Razali selaku pegawai SME Bank cawangan Kuala Terengganu tersebut, kilang tersebut banyak menerima tempahan dari sekolah-sekolah dan juga menerima tempahan dari pejadat pendidikan negeri tersebut.

Kilang 3

Ziq Bakery and Cake

Di sini para pelajar dapat melihat sendiri bagaimana para usahawan bumiputera menyediakan produk-produk seperti kek dan pastri sendiri. Walaupun mereka menggunakan mesin dan kebanyakkan mereka masih menggunakan teknik lama, namun produk yang dihasilkan mampu menandingi produk-produk lain.

Kilang 4

Pj Hytech Marketing

Kilang terakhir ini merupakan sebuah kilang memproses sabun. Antara produk kilang ini adalah pencuci pinggan mangkuk, pelembut pakaian, pewangi, sabun pencuci pakaian dan pelbagai lagi

5) KEMAJUAN / MASALAH

  • Kelewatan pegawai SME Bank ke kawasan kilang untuk mengiringi para pelajar dan pensyarah pengiring ke kilang-kilang tersebut.
  • Penggerakan pelajar pada waktu makan tengahari kurang menepati masa.
  • Terdapat beberapa kilang yang tidak dapat dilawati.

6) CADANGAN

  • Cadangan agar pihak SME Bank memberitahu pengusaha pihak-pihak kilang di kawasan tersebut tentang kehadiran kami untuk lawatan pada hari tersebut.

7) PENUTUP

Disediakan oleh

………………………………….

JUNIZZA IRMAYANTIE BT IBRAHIM

Setiausaha 1 Kelab Usahawan

UiTM Johor

Disemak oleh

………………………………….

CIK SITI NORDIYANA BT ISAHAK

Penasihat Kelab Usahawan

Nota: (Telah disemak)

8) LAMPIRAN