ETC TREASUREHUNT




PROGRAM : ETC TRESURE HUNT UiTM JOHOR 2012(E-TEJ 2012)

TARIKH : 13 JULAI 2012(JUMAAT)

TEMPAT : SEKITAR UiTM SEGAMAT

MASA : 8.00 pagi – 4.00 petang


OBJEKTIF :

1) memperluaskan pengetahuan kelab dalam bidang keusahawanan dan mengenali lebih mendalam tentang persekitaran UiTM.

2)memberi pendedahan kepada peserta untuk sedia menghadapi segala cabaran yang akan datang dan memberi keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu perkara.

3)memupuk semangat saling membantu dan memberikan idea yang bernas sepanjang aktiviti ini
dijalankan.

PESERTA :

Sebanyak sepuluh kumpulan telah mendaftar dan menyertai aktiviti ini. Kesemua peseta merupakan pelajar UiTM Segamat dan daripada jurusan, bahagian dan fakulti yang berbeza-beza. Jumlah peserta yang terlibat untuk program ETC Treasure Hunt UiTM 2012 (E-TEJ 2012) seramai 50 orang.Selain dari itu, Checkpoint Officer pula terdiri daripada Exco-exco Kelab Usahawan yang dimana berjumlah 27 orang dan 3 Checkpoint Officer dari pelajar biasa.

PERMAINAN :

Checkpoint 1
(The Fast Sale) Semua kumpulan tiba di checkpoint 1 mengikut turutan yang telah ditetapkan. Di sini, para peserta dapat lebih memahami bagaimana caranya untuk mendapat lebih pelanggan dalam memasarkan produk mereka dengan taktik-

taktik ynag tersendiri. Semua roti yang diberi kepada semua kumpulan habis terjual.
Checkpoint 2
( Cone In ) Semua peserta tiba di Checkpoint 2 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki memasukkan 5 gelang getah ke dalam kon tanpa melebihi garisan yang ditetapkan dengan cara yang tersendiri. Peserta akan berfikir secara kritis dan kreatif bagaimana untuk memasukkan gelang getah de dalam kon tersebut.

Checkpoint 3
(Teka Lukisan) Semua peserta tiba di Checkpoint 3 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki melukis hint yang diberi dan peserta terakhir dikehendaki meneka hint tersebut. Para peserta dapat mempelajari betapa pentingnya sifat berkerjasama dalam satu kumpulan dan cara berkomunikasi yang betul bagi memastikan m
esej yang dihantar difahami oleh pihak lagi satu.

Checkpoint 4
(Laga Minda) Semua peserta tiba di Checkpoint 4 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Di checkpoint ini, minda pelajar di asah dengan soalan-soalan berkaitan pengetahuan umum dan keusahawan itu sendiri.

Checkpoint 5
(Tukang Hias) Semua peserta tiba di Checkpoint 5 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki mencipta pakaian yang baru daripada kertas mahjung. Peserta dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan sesuat
u yang kreatif, pada masa yang sama, dapat menawan pasaran.

Checkpoint 6
( Kreatifkah Kamu ? ) Semua peserta tiba di Checkpoint 6 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Peserta dikehendaki mencipta sesuatu yang baru menggunakan barangan kitar semula tersebut. Peserta perlu menyiapkan ciptaan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini demikian dapat memupuk sifat inovasi dalam diri peserta.

Checkpoint 7
( Isyarat Badan ) Semua peserta tiba di Checkpoint 7 mengikut turutan yang telah ditetapkan.

Peserta dikehandaki memilih salah seorang dari ahli kumpulan dan ahli yang terpilih itu dikehendaki menyampaikan info dalam bentuk gaya anda ahli kumpulan lain harus meneka. Aktiviti ini dapat menunjukkan bahawa pentingnya komunikasi dalam kehidupan seharian.

Checkpoint 8
(Konsentrasi ) Semua peserta tiba di Checkpoint 8 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta akan diberikan tongue twister dan harus membawa bola mengelilingi kon dan menyebut tounge twister kepada checkpoint officer. Peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menumpukan perhatian walaupun terdapat banyak halangan.

Checkpoint 9
(Follow Me) Semua peserta tiba di Checkpoint 9 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Untuk aktiviti ini, peserta dikehendaki melakukan aktiviti yang ditetapkan iaitu membawa telur dalam keadaan mata tertutup dengan perantara kertas mahjung. Peserta dapat mempelajari kepentingan bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Checkpoint 10
(Tomato Di Hatiku) Semua peserta tiba di Checkpoint 10 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Untuk aktiviti ini, peserta telah diberi 8 tomato dan dikehendaki menghabiskannya. Di akhir aktiviti, peserta boleh mempelajari bagaimana untuk melakukan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan tanpa berlengah. Dalam masa yang tasama, peser juga dapat mengetahui khasiat-khasiat buah tomato.




No comments:

Post a Comment