LAPORAN

"LAWATAN SAMBIL BELAJAR"

Anjuran:

KELAB USAHAWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JOHOR

16&17 JULAI 2010

1) PENGENALAN

Kelab Usahawan (Entrepreneur Club) telah menjalankan aktiviti pertama pada semester ini iaitu Lawatan Sambil Belajar ke kilang di bawah SME Bank di Kuala Terengganu untuk memperluaskan pengetahuan pelajar dalam bidang keusahawanan. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada siswa dan siswi UiTM Johor supaya menjadi seorang usahawan yang beretika dalam mengendalikan sesuatu perniagaan secara efektif.

2) LATAR BELAKANG

  • Tarikh : 16-17 Julai 2010 (Jumaat dan Sabtu)
  • Masa : 17 Julai 2010 (9.30 pagi-1.00 tengahari)
  • Tempat : Kilang-kilang di bawah SME bank, Kuala Terengganu

Program ini bertujuan untukmeningkatkan dan mendalami ilmu pengetahuan dan pengalaman siswa dan siswi dalam industri makanan dan minuman. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman siswa dan siswi dalam memulakan suatu perniagaan (initiate), mengawal dan memantau perniagaan (organize effectively), dan meningkatkan kualiti produk dan memperluaskan perniagaan (improve and expand).

Program ini juga telah memberi pendedahan secara langsung kepada bakal usahawan tentang penghasilan industri makanan ringan dan sebagainya. Mereka juga mengetahui dan menerokai rahsia mengenai cabaran-cabaran sebenar yang telah dan bakal dihadapidan langkah-langkah berkesan bagi menangani masalah tersebut.

3) HURAIAN PENILAIAN

Merujuk daripada borang maklum balas peserta, mereka sangat seronok dengan setiap aktiviti yang dijalankan serta memahami objektif tersirat di setiap slot aktiviti yang telah disediakan bagi mereka. Mereka juga telah mengutarakan

soalan-soalan yang bernas kepada pengusaha-pengusaha kilang tersebut.

4) PENCAPAIAN AKTIVITI

Aktiviti

Objektif Dan Hasil

Kilang 1

Zaman Ice Tube Sdn Bhd

Para pelajar dan pensyarah pengiring melawat ke kilang membuat ais. Di sini terdapat beberapa mesin yang bermutu tinggi dalam menghasilkan ais untuk dihantar ke kedai-kedai.

Kilang 2

Percetakan Tinta Dinamik Sdn Bhd

Setelah melawat ke kilang membuat ais , kami telah melawat ke kilang seterusnya iaitu kilang percetakan. Menurut En Razali selaku pegawai SME Bank cawangan Kuala Terengganu tersebut, kilang tersebut banyak menerima tempahan dari sekolah-sekolah dan juga menerima tempahan dari pejadat pendidikan negeri tersebut.

Kilang 3

Ziq Bakery and Cake

Di sini para pelajar dapat melihat sendiri bagaimana para usahawan bumiputera menyediakan produk-produk seperti kek dan pastri sendiri. Walaupun mereka menggunakan mesin dan kebanyakkan mereka masih menggunakan teknik lama, namun produk yang dihasilkan mampu menandingi produk-produk lain.

Kilang 4

Pj Hytech Marketing

Kilang terakhir ini merupakan sebuah kilang memproses sabun. Antara produk kilang ini adalah pencuci pinggan mangkuk, pelembut pakaian, pewangi, sabun pencuci pakaian dan pelbagai lagi

5) KEMAJUAN / MASALAH

  • Kelewatan pegawai SME Bank ke kawasan kilang untuk mengiringi para pelajar dan pensyarah pengiring ke kilang-kilang tersebut.
  • Penggerakan pelajar pada waktu makan tengahari kurang menepati masa.
  • Terdapat beberapa kilang yang tidak dapat dilawati.

6) CADANGAN

  • Cadangan agar pihak SME Bank memberitahu pengusaha pihak-pihak kilang di kawasan tersebut tentang kehadiran kami untuk lawatan pada hari tersebut.

7) PENUTUP

Disediakan oleh

………………………………….

JUNIZZA IRMAYANTIE BT IBRAHIM

Setiausaha 1 Kelab Usahawan

UiTM Johor

Disemak oleh

………………………………….

CIK SITI NORDIYANA BT ISAHAK

Penasihat Kelab Usahawan

Nota: (Telah disemak)

8) LAMPIRAN

No comments:

Post a Comment