LOVE NATURE DI ZOO NEGARA!

 memerang ini sangat comel..

 azie berada di kandang apa yer ketika ini???
 salah satu daripada aktiviti amal kami...



LOVE NATURE


TARIKH
14 JULAI 2012



LOKASI
TAMAN ZOO NEGARA, KUALA LUMPUR



OBJEKTIF
Kelab Usahawan (Entrepreneur Club) UiTM Johor telah mengadakan gotong-royong bersama komuniti di Taman Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat ahli kelab untuk berkhidmat secara sukarela dalam perlindungan hidupan liar. Disamping itu juga, dapat mengeratkan silaturahim hubungan antara mahasiswa bersama komuniti.


OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam terutama haiwan yang semakin pupus.

Meningkatkan perlindungan hidupan liar serta ekosistem, serta langkah ke arah pengurusan sumber asli secara mampan.

Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berkhidmat bersama komuniti secara langsung.

Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenali dengan lebih dekat tentang hidupan liar.

Melahirkan mahasiswa yang mempunyai sikap bertanggugjawab dan penyayang terhadap hidupan liar yang semakin pupus.


TENTATIF PROGRAM
SABTU:
5.00 Pagi : Bertolak ke Kuala Lumpur.
8.30 Pagi : Sedikit taklimat ringkas dari pihak pengurusan tentang aturcara aktiviti.
12.30 Petang : ISOMA
2.00 Petang : Sambungan Aktiviti Gotong Royong.
4.30 Petang : Acara penutup dan penyampaian cenderamata.
5.00Petang : Minum petang dan bertolak pulang ke UiTM Segamat.
9.00malam : Tiba di UiTM Segamat.
* ISOMA: Istirehat, Solat & Makan





ETC TREASUREHUNT




PROGRAM : ETC TRESURE HUNT UiTM JOHOR 2012(E-TEJ 2012)

TARIKH : 13 JULAI 2012(JUMAAT)

TEMPAT : SEKITAR UiTM SEGAMAT

MASA : 8.00 pagi – 4.00 petang


OBJEKTIF :

1) memperluaskan pengetahuan kelab dalam bidang keusahawanan dan mengenali lebih mendalam tentang persekitaran UiTM.

2)memberi pendedahan kepada peserta untuk sedia menghadapi segala cabaran yang akan datang dan memberi keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu perkara.

3)memupuk semangat saling membantu dan memberikan idea yang bernas sepanjang aktiviti ini
dijalankan.

PESERTA :

Sebanyak sepuluh kumpulan telah mendaftar dan menyertai aktiviti ini. Kesemua peseta merupakan pelajar UiTM Segamat dan daripada jurusan, bahagian dan fakulti yang berbeza-beza. Jumlah peserta yang terlibat untuk program ETC Treasure Hunt UiTM 2012 (E-TEJ 2012) seramai 50 orang.Selain dari itu, Checkpoint Officer pula terdiri daripada Exco-exco Kelab Usahawan yang dimana berjumlah 27 orang dan 3 Checkpoint Officer dari pelajar biasa.

PERMAINAN :

Checkpoint 1
(The Fast Sale) Semua kumpulan tiba di checkpoint 1 mengikut turutan yang telah ditetapkan. Di sini, para peserta dapat lebih memahami bagaimana caranya untuk mendapat lebih pelanggan dalam memasarkan produk mereka dengan taktik-

taktik ynag tersendiri. Semua roti yang diberi kepada semua kumpulan habis terjual.
Checkpoint 2
( Cone In ) Semua peserta tiba di Checkpoint 2 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki memasukkan 5 gelang getah ke dalam kon tanpa melebihi garisan yang ditetapkan dengan cara yang tersendiri. Peserta akan berfikir secara kritis dan kreatif bagaimana untuk memasukkan gelang getah de dalam kon tersebut.

Checkpoint 3
(Teka Lukisan) Semua peserta tiba di Checkpoint 3 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki melukis hint yang diberi dan peserta terakhir dikehendaki meneka hint tersebut. Para peserta dapat mempelajari betapa pentingnya sifat berkerjasama dalam satu kumpulan dan cara berkomunikasi yang betul bagi memastikan m
esej yang dihantar difahami oleh pihak lagi satu.

Checkpoint 4
(Laga Minda) Semua peserta tiba di Checkpoint 4 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Di checkpoint ini, minda pelajar di asah dengan soalan-soalan berkaitan pengetahuan umum dan keusahawan itu sendiri.

Checkpoint 5
(Tukang Hias) Semua peserta tiba di Checkpoint 5 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta dikehendaki mencipta pakaian yang baru daripada kertas mahjung. Peserta dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan sesuat
u yang kreatif, pada masa yang sama, dapat menawan pasaran.

Checkpoint 6
( Kreatifkah Kamu ? ) Semua peserta tiba di Checkpoint 6 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Peserta dikehendaki mencipta sesuatu yang baru menggunakan barangan kitar semula tersebut. Peserta perlu menyiapkan ciptaan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini demikian dapat memupuk sifat inovasi dalam diri peserta.

Checkpoint 7
( Isyarat Badan ) Semua peserta tiba di Checkpoint 7 mengikut turutan yang telah ditetapkan.

Peserta dikehandaki memilih salah seorang dari ahli kumpulan dan ahli yang terpilih itu dikehendaki menyampaikan info dalam bentuk gaya anda ahli kumpulan lain harus meneka. Aktiviti ini dapat menunjukkan bahawa pentingnya komunikasi dalam kehidupan seharian.

Checkpoint 8
(Konsentrasi ) Semua peserta tiba di Checkpoint 8 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Para peserta akan diberikan tongue twister dan harus membawa bola mengelilingi kon dan menyebut tounge twister kepada checkpoint officer. Peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menumpukan perhatian walaupun terdapat banyak halangan.

Checkpoint 9
(Follow Me) Semua peserta tiba di Checkpoint 9 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Untuk aktiviti ini, peserta dikehendaki melakukan aktiviti yang ditetapkan iaitu membawa telur dalam keadaan mata tertutup dengan perantara kertas mahjung. Peserta dapat mempelajari kepentingan bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Checkpoint 10
(Tomato Di Hatiku) Semua peserta tiba di Checkpoint 10 mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Untuk aktiviti ini, peserta telah diberi 8 tomato dan dikehendaki menghabiskannya. Di akhir aktiviti, peserta boleh mempelajari bagaimana untuk melakukan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan tanpa berlengah. Dalam masa yang tasama, peser juga dapat mengetahui khasiat-khasiat buah tomato.




IKLAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM



ASSALAMUALAIKUM.

MINAT BERNIAGA? TAK TAHU MANA NAK MENDAPATKAN TAPAK BERNIAGA? OKAY INI CARANYA. PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA ATAUPUN BARU MAHU MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN,DI SINI ADA CARANYA IAITU :-

KELAB USAHAWAN UiTM JOHOR MENAWARKAN PERKHIDMATAN URUSAN SEWAAN TAPAK PASAR MALAM.

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM JOHOR YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM UiTM JOHOR PADA SETIAP HARI SELASA DAN SABTU.

KEPADA YANG BERMINAT, MAKLUMAT LANJUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

SEWA TAPAK : RM 5 SEHARI

KEMUDAHAN :1 BUAH CANOPY, SEBUAH MEJA (TERTAKLUK KEPADA KEBERADAAN)

UNTUK URUSAN TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:

CIK NORHAFIZAH : 012-2314842

IKLAN RUANG PROMOSI SPEAKER’S CORNER, BANGUNAN PENTADBIRAN

TERBUKA KEPADA EXCO DAN AHLI KELAB USAHAWAN UITM JOHOR.

MEREKA YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA DI RUANG PROMOSI SPEAKER’S CORNER, BANGUNAN PENTADBIRAN BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN MENGHUBUNGI:

CIK NORHAFIZAH : 012-2314842

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : MEJA DAN KERUSI

(TIADA BAYARAN YANG DIKENAKAN)

AKTIVITI DI TASIK CHINI.



Aktiviti ini telah diadakan pada 2-4 Disember bertempat di Tasik Chini. Telah dihadiri oleh 18orang. Aktiviti ini dijalankan bagi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Night Walk, Explorace serta Diskusi tentang kepimpinan.


















Forum Hala Tuju Entrepreneur Club bersama Para Penasihat Kelab

Assalamualaikum.

Pada 20 Disember 2011, ETC telah mengadakan Forum Hala Tuju Entrepreneur Club bersama Para Penasihat Kelab bertempat di SL004 .

Program ini diadakan untuk :

1) Memperkenalkan para Exco yang telah diberi mandat untuk memikul tanggungjawab bagi membantu para penasihat ETC.
2) Mengetahui aktiviti yang akan diadakan pada semester ini.
3) Merapatkan hubungan silaturrahim diantara para exco dan penasihat.
4) Sebagai platform penting dalam memberikan pendedahan, kesedaran dan tunjuk ajar kepada peserta.
5) Mencapai sasaran kelab untuk menyediakan aktiviti aktiviti untuk keusahawanan pelajar.

Forum telah dihadiri oleh para Exco ETC serta penasihat Kelab. Forum ini juga telah dihadiri oleh Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Koordinator MASMED iaitu Encik Halim.

Aturcara majlis adalah seperti berikut :-

8.45 pm : ketibaan Koordinator MASMED dan penasihat penasihat ETC.
9.00 pm : Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis dan bacaan doa.
9.15 pm : Ucapan daripada presiden ETC
Ucapan daripada Penasihat ETC
Ucapan daripada Koordinator MASMED
Pemebentangan aktiviti sepanjang semester
Diskuis bersama Penasihat ETC dan Koordinator MASMED
10.30 pm : Makan Malam
11.30 pm : Bersurai