AGM ETC CLUB DIS-APRIL 2013






Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut-pengikut blog ETC

Laporan AGM Sesi Dis - Apr
 2011

Pada 7 Januari 2013 iaitu pada Isnin, berlangsungnya satu program yang mana merupakan aktiviti wajib bagi setiap sem iaitu AGM.

Program yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar sebagai ahli.. Setiap ahli dikenakan bayaran RM5 dan percuma satu button. Sebelum AGM dimulakan, kami juga mengadakan jualan kek. Pelbagai jenis kek yang dijual, antaranya red velvet, chocolate moist, chocolate cheese, blueberry cheese dan cup cake. Jualan kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.

Program yang bertempat di LT2, UiTM Segamat, Johor ini tamat pada jam 11.30 malam.
Antara agenda yang ingin diusulkan pada malam tersebut adalah pengenalan kelab usahawan kepada ahli baru yang mana kebanyakannya daripada semester 1 dan semester 2, selain semester 3,4,5, dan 6. Seterusnya, agenda pada malam tersebut juga adalah untuk memperkenalkan exco-exco baru bagi mengisi kekosongan jawatan exco Kelab Usahawan. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh penasihat utama Kelab Usahawan iaitu Cik Diana bt Isahak.


button badges









LOVE NATURE DI ZOO NEGARA!

 memerang ini sangat comel..

 azie berada di kandang apa yer ketika ini???
 salah satu daripada aktiviti amal kami...



LOVE NATURE


TARIKH
14 JULAI 2012



LOKASI
TAMAN ZOO NEGARA, KUALA LUMPUR



OBJEKTIF
Kelab Usahawan (Entrepreneur Club) UiTM Johor telah mengadakan gotong-royong bersama komuniti di Taman Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat ahli kelab untuk berkhidmat secara sukarela dalam perlindungan hidupan liar. Disamping itu juga, dapat mengeratkan silaturahim hubungan antara mahasiswa bersama komuniti.


OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam terutama haiwan yang semakin pupus.

Meningkatkan perlindungan hidupan liar serta ekosistem, serta langkah ke arah pengurusan sumber asli secara mampan.

Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berkhidmat bersama komuniti secara langsung.

Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenali dengan lebih dekat tentang hidupan liar.

Melahirkan mahasiswa yang mempunyai sikap bertanggugjawab dan penyayang terhadap hidupan liar yang semakin pupus.


TENTATIF PROGRAM
SABTU:
5.00 Pagi : Bertolak ke Kuala Lumpur.
8.30 Pagi : Sedikit taklimat ringkas dari pihak pengurusan tentang aturcara aktiviti.
12.30 Petang : ISOMA
2.00 Petang : Sambungan Aktiviti Gotong Royong.
4.30 Petang : Acara penutup dan penyampaian cenderamata.
5.00Petang : Minum petang dan bertolak pulang ke UiTM Segamat.
9.00malam : Tiba di UiTM Segamat.
* ISOMA: Istirehat, Solat & Makan