
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut-pengikut blog ETC
Laporan AGM Sesi Mei - Okt 2011
Pada 17 jun 2011 iaitu pada jumaat, berlangsungnya satu program yang mana merupakan aktiviti wajib bagi setiap sem iaitu AGM.
Program ini telah dijalankan pada waktu malam iaitu bermula pada jam 8.30 malam dan tamat pada jam 11.30 malam bertempat di DK1 blok kayangan UiTM Segamat, Johor.
Antara agenda yang ingin diusulkan pada malam tersebut adalah pengenalan kelab usahawan kepada ahli baru yang mana kebanyakannya daripada semester 1 dan semester 2, selain semester 3,4,5, dan 6. Seterusnya, agenda pada malam tersebut juga adalah untuk mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan exco kelab usahawan. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh penasihat utama kelab usahawan iaitu Puan Kursimah Harun. Beliau sendiri telah memilih calon-calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan exco tersebut.
Calon-calon exco
Sambutan daripada kalangan ahli adalah sangat menggalakkan dan kami amatlah teruja melihat kehadiran tetamu serta sokongan yang diberikan oleh mereka untuk kelab usahawan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli yang telah meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke program anjuran ETC ini.
Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mantan-mantan exco yang memberikan kerjasama serta menjalankan tugas dengan baik sekali sehingga Berjayanya program yang telah dirancang ini. Tanpa mereka program ini tidak akan berjalan selancar yang diharapkan, terima kasih sekali lagi untuk mereka.
“Jasamu Tetap Dikenang”